Nurul Izzah Bercerai

Assalamualaikum...bulan ni negara digemparkan dengan berita Penceraian Nurul Izzah...

Ramai yang sudah tahu tentang Nurul Izzah iaitu anak kepada Ketua Pembangkang Negara iaitu,DS Anwar Ibrahim

"nurulizzahbercerai"

Desas desus ini sudah mula berlegar di WhatsApp kira-kira 3 minggu yang lalu namun tidak mau ambil pusing sebab ini kisah peribadi yang tidak wajar dijadikan bahan serangan politik.

Masalah kahwin cerai ini perkara biasa .. bukannya suatu luar biasa .. Najib Razak pernah bercerai sebelum berkahwin dengan Rosmah Mansor .. begitu juga Rosmah Mansor pernah bercerai dengan suami pertamanya Aziz Nong Chik sehingga di kurniakan dua orang cahaya mata.

Sebab itu admin mengambil sikap dan berpendirian .. masalah cerai berai ini tidak perlu diperbesarkan dan dijadikan modal politik menyerang.



Beberapa laman siber hari ini telah mengeluarkan spekulasi berhubung isu penceraian Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Nurul Izzah Anwar bersama suaminya.

Nurul Izzah dikatakan telah menfailkan perceraian di bawah Fasakh (untuk membatalkan perkahwinan itu) pada akhir Disember melalui petisyen di Mahkamah Syariah.

Suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, yang dipercayai telah menerima petisyen itu pada 16 Jan, telah meminta penangguhan dua minggu berhubung perkara itu untuk beliau menyediakan kesnya.

Setakat ini, tiada sebarang pengakuan dan keterangan bagi mengesahkan perkara tersebut.

Nurul Izzah, 33, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, telah berkahwin pada 9 Mei 2003.

Upacara perkahwinan telah diadakan di kediaman bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara.

Mereka di kurniakan dua cahaya mata seorang puteri berumur 7 tahun dan putera 4 tahun.


apa2 pun,semoga Nurul Izzah tabah menghadapi segalanya
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment