Cepat sungguh masa berlalu. Dalam diam sudah 4 bulan Scha Al Yahya hamil. Masih teringat lagi Abang Nara betapa gembiranya para peminat Scha ketika Awal Ashaari mengumumkan berita kehamilan isterinya. Kini sudah tamat trimester pertama. Orang tua kata-kata fasa bahaya sudah berjaya ditempuhi. Insya Allah semuanya akan selamat.

Sedikit sebanyak memang sudah kelihatan “baby bump” di perut Scha Al Yahya. Tak sabar rasanya nak melihat kandungan pelakon ini makin membesar. Wajah Scha juga sejak kebelakangan ini memang lebih berseri-seri berbanding biasa. Makin terserlah ciri-ciri keibuan. Semoga semuanya berjalan lancar buat Scha sehingga hari kelahiran kelak.












0 comments:
Post a Comment