Neelofa Dihentam Wak Doyok

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah diibaratkan dengan situasi tegang yang dipercayai berlaku antara pemilik jenama The Garment, Wak Doyok dan si pelakon cantik, Neelofa.
Dek kerana kenyataan “Eh, dia bukan dari Indonesia ke?” yang dikeluarkan oleh Neelofa ketika mengacarakan Anugerah Meletop Era 2014 (AME 2014), Wak Doyok telah memuatnaik sekeping foto di Instagram dengan caption pedas yang dipercayai untuk menyindir Neelofa.
Menurut sumber-sumber terapat, caption foto tersebut dipercayai ditujukan kepada Neelofa yang diketahui umum memakai pakaian menyerupai watak Power Rangers merah jambu di AME 2014.
Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam Neelofa?
Foto yang dimuatnaik oleh Wak Doyok
Berikutan itu, ada peminat yang bersetuju dengan tindakan berani Wak Doyok dan mendakwa Neelofa tidak membuat research secukupnya sebelum mengacara.
Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam Neelofa?
Tidak kurang juga yang mempertahankan Neelofa dengan mengatakan bahawa nama Wak Doyok sama dengan seorang selebriti dari Indonesia yang bernama Doyok.
Selebriti Fesyen Wak Doyok Hentam Neelofa?
Adakah Neelofa akan mendiamkan diri mengenai perkara ini atau pun memberi kenyataan balas kepada selebriti fesyen ini? Sama-sama kita nantikan.
 
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment