Seorang Bayi Maut Di Jagaan Pengasuh

KUALA LUMPUR 1 Mac - Seorang bayi berusia setahun lapan bulan maut ketika dalam jagaan pengasuh di Desa Setia Wira, Jalan Buku Lima, Datuk Keramat, di sini.
Menurur Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, bayi lelaki itu difahamkan telah dihantar ibunya untuk dijaga pengasuh terbabit sejak tiga bulan lalu.
"Semalam, ibu mangsa menghantar bayi itu seperti biasa sekitar pukul 7.45 pagi namun beberapa jam selepas itu, dia menerima panggilan mengatakan bayi itu dalam keadaa sesak nafas.
"Ibu mangsa diberitahu bayi itu telah tenat dan kebiruan pada muka. Apabila sampai k3 rumah pengasuh, wanita itu mendapati bayi berkenaan telah pengsan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Kata Khari, mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan doktor telah mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia.
" Satu bedah siasat telah telah dijalankan pihak polis dan kami mengesyaki ada unsur-unsur jenayah terhadap punca kematian bayi ini.
"Setakat ini pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan dan siasatan masih dijalankan lagi mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.
Katanya, mayat bayi brkenaan telah dibawa kembali oleh keluarga mangsa pulang ke kampung di Kuala Terengganu untuk disemadikan.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment