Menerusi akaun Facebook Ryaniez Moments Photography, MH Online kongsikan beberapa keping foto menarik pasangan suami isteri, Beego dan Linda Hashim yang mengabadikan kenangan sebelum menyambut kelahiran anak sulung mereka sedikit masa lagi.
 
Foto-foto yang dirakamkan di persisiran pantai Morib ini kelihatan begitu indah dengan pasangan ini mengenakan pakaian bewarna putih. Linda yang usia kandungannya mencecah 32 minggu juga dilihat begitu berseri ketika menghampiri saat-saat bergelar ibu. 
 
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, MH Online mendoakan agar Linda selamat sepanjang proses kelahiran kelak dan melahirkan zuriat yang sihat dan comel.